Teknologi navigasi pantas

Take a break from GPS related topics. Share a joke or just chit chat.

Moderator: Moderators

Post Reply
Message
Author
User avatar
wanmad
Senior Mapper
Posts: 124
Joined: Wed Sep 08, 2010 12:31 pm
GPS: nuvi2465
nuvi2575
Contact:

Teknologi navigasi pantas

#1 Post by wanmad » Sun Jun 03, 2012 7:42 am

AGAK melucukan apabila ada beranggapan mereka akan sesat lebih jauh dengan menggunakan sistem penentu kedudukan global (GPS).

Malah ada yang sanggup memandu sambil mengintai alamat atau turun daripada kenderaan untuk bertanyakan arah. Cara itu tidak lagi sesuai terutamanya untuk pemanduan di bandar-bandar besar.

Keraguan terhadap peranti GPS memang berlaku, apatah lagi dengan kebanjiran pelbagai jenis alat seumpama itu di pasaran sekarang.

Tidak dinafikan pengguna kadang-kala boleh tersilap produk sehingga menyusahkan perjalanan.

Ramai juga yang tidak mahu mendapatkan GPS kerana sekadar cukup dengan perisian navigasi yang disediakan pada telefon pintar masing-masing. Padahal keupayaan perisian itu tidak sepintar dan sepantas peranti GPS sebenar.

Garmin merupakan antara nama yang paling disegani di dunia dalam penghasilan peranti GPS.

Dengan pemetaan yang lengkap, data berkemas kini, maklumat pemanduan yang terperinci dan persembahan antara muka mudah digunakan, ia jarang mengecewakan.

Pengalaman saya menggunakan Garmin ketika mengikuti pengembaraan jarak jauh merentasi Asia Tengah dan Eropah sebelum ini cukup meyakinkan.

Garmin baru-baru ini tampil dengan produk terbaru iaitu Nuvi 2575R. Ia menawarkan sistem navigasi pemanduan hebat melalui teknologi yang diperkemaskan dengan inovasi terkini seperti rakaman kamera video mudah alih berdefinisi tinggi, penerimaan siaran televisyen analog dan teknologi pengecaman suara untuk menentukan arahan.

Di negara ini, alat yang didatangkan dengan perisian peta Malsings itu menjanjikan navigasi lengkap dan selesa untuk pemanduan di Malaysia dan Singapura.

Bagi penggunaan di luar negara, peta-peta boleh diperolehi pada harga yang berpatutan secara dalam talian.

Selain maklumat perjalanan seperti kelajuan, pengiraan jarak perjalanan, jarak destinasi dituju dan amaran had laju yang disediakan dengan jelas, alat ini juga memberi arahan bersuara (bahasa Melayu dan Inggeris) dengan cukup jelas. Kemudahan navigasinya juga menyediakan gambar sebenar di laluan-laluan yang melibatkan persimpangan bagi memudahkan pengguna mengecam persekitaran.

Nuvi 2575R memberikan arahan dan maklumat yang tepat melalui pengesanan satelit.

Selain navigasi yang cekap, alat yang boleh digunakan selama dua jam setengah selepas dicaj penuh ini juga berupaya mengesan kedudukan lokasi-lokasi penting yang terletak berhampiran seperti pam minyak, restoran, kemudahan awam seperti sekolah, hospital, balai polis dan sebagainya.

Ia turut dilengkapi fungsi Bluetooth yang membolehkan pengguna menghubungkannya dengan telefon bimbit untuk menikmati kemudahan panggilan lepas tangan (handsfree).

Teknologi tanpa wayar dengan mikrofon yang terbina di dalam serta pembesar suara dapat memastikan pemanduan mereka yang sentiasa menggunakan telefon lebih selamat.

Selain itu, alat ini juga dilengkapi fungsi pra-tonton laluan melalui mod pengiraan perjalanan yang sesuai mengikut pilihan. Dengan cara ini, pengguna boleh 'tiba' ke destinasi sebelum perjalanan dimulakan.


Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.as ... =me_03.htm

User avatar
Noah
Senior Mapper
Posts: 2206
Joined: Thu Sep 18, 2008 9:51 am
GPS: 60csx, Nuvi 2465
Location: Kuantan, Pahang
Contact:

Re: Teknologi navigasi pantas

#2 Post by Noah » Sun Jun 03, 2012 9:59 am

Saya rasa peta Malsings kurang bagus sebab tiada pemeta Bandar Kuala Terengganu. :thumbsdown:

Kalau ada pemeta Bandar Kuala Terengganu baru ROCKS!

http://www.malsingmaps.com/forums/viewt ... =3&t=22478
Mappers wanted. Read this to get started. Payment = Recognition = Priceless.
We don't just build maps. We build relationships.

Follow our map updates on Twitter

User avatar
wanmad
Senior Mapper
Posts: 124
Joined: Wed Sep 08, 2010 12:31 pm
GPS: nuvi2465
nuvi2575
Contact:

Re: Teknologi navigasi pantas

#3 Post by wanmad » Sun Jun 03, 2012 12:12 pm

kat kuala terengganu, jalan2 utama dah updated da...dah ada LA pun kat sana...klu dpat nak buat JCV lgi....

User avatar
masraden
Senior Mapper
Posts: 309
Joined: Thu Sep 09, 2010 10:16 am
GPS: Nuvi 2567LM, 60CSx
Location: Kelantan, Terengganu
Contact:

Re: Teknologi navigasi pantas

#4 Post by masraden » Sun Jun 03, 2012 4:22 pm

Noah wrote:Saya rasa peta Malsings kurang bagus sebab tiada pemeta Bandar Kuala Terengganu. :thumbsdown:
Kalau ada pemeta Bandar Kuala Terengganu baru ROCKS!

http://www.malsingmaps.com/forums/viewt ... =3&t=22478
wanmad, nazrose .... mari kito gi cari pemeta Kuala Terengganu. Kita ikat kaki tangan, kita sumbat mulut dgn keropok lekor dan paksa dia jadi mapper...
:drive:

User avatar
wanmad
Senior Mapper
Posts: 124
Joined: Wed Sep 08, 2010 12:31 pm
GPS: nuvi2465
nuvi2575
Contact:

Re: Teknologi navigasi pantas

#5 Post by wanmad » Sun Jun 03, 2012 8:15 pm

masraden wrote:
Noah wrote:Saya rasa peta Malsings kurang bagus sebab tiada pemeta Bandar Kuala Terengganu. :thumbsdown:
Kalau ada pemeta Bandar Kuala Terengganu baru ROCKS!

http://www.malsingmaps.com/forums/viewt ... =3&t=22478
wanmad, nazrose .... mari kito gi cari pemeta Kuala Terengganu. Kita ikat kaki tangan, kita sumbat mulut dgn keropok lekor dan paksa dia jadi mapper...
:drive:
Jom....nok hok laki ke hok puang...?

User avatar
nazrose
Qualified Mapper
Posts: 1192
Joined: Tue May 18, 2010 10:07 am
GPS: Garmin 60CSx + GA25MCX
Location: Seberang Jerteh, Besut...
Contact:

Re: Teknologi navigasi pantas

#6 Post by nazrose » Wed Jun 06, 2012 10:28 pm

:rokz:

royat je kat mana tak update... hehe... kita gi :tracking:

User avatar
zamzuree99
Valued Contributor
Valued Contributor
Posts: 191
Joined: Tue Feb 19, 2008 4:04 pm
GPS: Garmin nUVI 200W us version
Location: kuala krai, kelantan
Contact:

Re: Teknologi navigasi pantas

#7 Post by zamzuree99 » Thu Jun 07, 2012 2:55 pm

nazrose wrote::rokz:

royat je kat mana tak update... hehe... kita gi :tracking:
mung update dekak jabatang perikanang, jabatang-jabatang kerajaang, ladang-ladang ternakang, komplek-komplek kebudayaang, tempat-tempat makang, tempat-tempat persiarang, dang jalang-jalang hok dalang kampung yang masih belung dibuat jalang supaya peta akang datang lebih cemerlang dan gemilang! :mrgreen: :mrgreen:

Post Reply

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 3 guests